Sabtu, 12 Disember 2009

1st Anniversary


~Hari ini 12/12/2009 merupakan Ulangtahun perkahwinan maz n hubby yg pertama..sekejapnya rasa da 1tahun kawen..huhuhu..Harap perkahwinan ni berkekalan hingga ke akhir hayat..Amiin...nk celebrate kat mana erk???hmm....la,la,la;-)
~Preview gambar2 perkahwinan maz n hubby 12/12/2008..



Khamis, 3 Disember 2009

Bbq malam Raya Haji ke-2

Malam Raya Haji ke-2 sepupu2 hubby dtg beraya kat umah my Mil..mlm tu kmi wat Bbq..Best juga ramai2 ni..So layan je pic kat bawah ni..hihi..Pic yg diambil pun xbanyak sbb masing2 nk makan..







Gambar Raya Haji

Raya Haji tahun ni maz beraya di Perak ..Umah my Mil..Raya mcm biasa juga xla semeriah raya puasa..
Kat bawah ni gambar yg sempat di snap..Rasa malas sgt nk ambil gambar..just snap yg mna sempat ja..huhu..lg pun badan maz da naik sket sejak pregnant ni..tu yg jd malas btoi nk snap pic byk2-Gambar yg plg kiri tu pic opah2 sebelah hubby..

Isnin, 9 November 2009

24 weeks@6 month

Sekejap ja rasa msa berlalu..skang maz da masuk 6bln pregnant..Hmm..lg 3bln je lg...;-)

Isnin, 19 Oktober 2009

21 Weeks

~Ni la pic2 raya puasa maz,Xbyk pun sbb time ni still mabuk2 lg preggy..



--------------------------------------------pic raya puasa-------------------------------------





~Dah lama maz xupdate blog..rasa mcm malas ja sejak pregnant ni nk update..tp blog2 rakan2 maz tetap terjah..hihi..Sorry la ya nanti maz akn upload gambar2 raya yg dah basi tue..hehehe..Alhamdulillah kandungan maz skang dah masuk 21 minggu..Rasa sekejap ja dah 5bln pregnant..





~Gambar-gambar nanti maz akn upload k...;-)

Rabu, 16 September 2009

Salam Aidilfitri

~Erm,,sekejap ja dah nk raya..Dikesempatan ni maz ingin memohon kemaafan jika ada salah silap dan terkasar bahasa disini..Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kpd semua readers...~

Khamis, 20 Ogos 2009

Selamat Menyambut Ramadhan&Selamat Berpuasa

~Selamat manunaikan ibadah puasa untuk semua rakan-rakan..~
~Mohon maaf atas khilaf kata,prasangka & perbuatan.Moga Ramadhan ini kita bisa kembali ke
fitrah & Suci...Amiin.......

Khamis, 30 Julai 2009

KENAPA ALLAH HILANGKAN LIDAH IKAN???



Rasulullah SAW bersabda,"sejahat-jahat manusia pd hari akhirat nanti ialah orang yg bermuka dua.Barang siapa bermuka dua di dunia maka diakhirat kelak akan mempunyai dua lidah dari lidah api neraka jahanam."

Sabda Rasulullah lagi,"Tidak akan masuk syurga bagi orang yg suka membesar-besarkan cerita."Bila ditanya apakah hikmah,Baginda menjawab,"sesungguhnya Allah telah menciptakan semua makhluk itu mempunyai lidah samada yg boleh berkata-kata dan yg tidak boleh berkata.Seorang sahabat pun bertanya,"Kanapa ikan tidak mempunya lidah?sabda Rasulullah SAW,"setelah Allah menciptakan Adam a.s,maka diperintahkan sekalian malaikat patuh pd perintah itu kecuali iblis laknat.Oleh kerana iblis enggan sujud,maka Allah melaknatnya serta mengusirnya keluar dr syurga dan dihapuskan rupanya yg elok itu lalu dihantar iblis ke bumi.Apabila diturunkan ke bumi iblis terus menuju ke laut.Pertama sekali yg dijumpainya ialah ikan.

Iblis pun menceritakan akan keburukan serta kekurangan Adam kpd ikan,"Sesungguhnya Adam itu suka memburu dan membunuh binatang2 yg ada dilautan dan juga daratan..Apabila ikan mendengar kata2 iblis itu,ia pun segera menghebahkannya kpd binatang laut yg lain mengenai berita tentang Adam a.s.Oleh kerana Allah tidak menyenangi perbuatan ikan itu lalu dihilangkannya lidah ikan agar tidak lagi menyampaikan berita yg tidak sebenarnya.

Wallahua'lam...

Isnin, 8 Jun 2009

Kenduri Kawen@Alor Star

~Erm..da lama aku xupdate blog sbb aku bz & bertambah malas nk update blog ni skang..Harini br ada mood nk update..30hb aritu aku n hubby p kenduri dkt Alor Star cousin belah hubby kawen..Aku pn dah xda idea nk taip panjang2..So,layan je la gambar2 kat bawah ni.."Selamat pengantin baru diucapkan buat Hafiz & Ruzana..Semoga kekal ke akhir hayat..Amiinn...



Cousin sebelah Hubby

Hubby,Pengantin&Aku

Hafiz & Ruzana

Isnin, 18 Mei 2009

Breakfast yg Simple

~pagi sabtu ritu aritu,,bgn pagi aku trus je sediakan bfast tuk aku n hubby.Aku just goreng nasi ja n wat roti bakar dgn telur..Simple je aku masak..Asal perut kami kenyag kenyang sudah..He2..Tgk la hubby aku tu letak sos dekat nasi goreng siap ada bentuk love lagi..lawak btoi bila aku tgk..masa dia tuang sos tu aku pn xsedar tp bila dia pggil aku suh tgk dlm pinggan dia aku sgt lah nk tergelak n then aku trus amek camera n snap nasi goreng tu..He2..

Cerita Minggu Lepas

~Hr Jumaat mlm aku & hubby bertolak ke Gombak utk jumpa adik aku..Balik ja dr Gombak hubby ajak singgah jap dkt Rawang coz dia nk urut kaki..Jd aku pun teman kan je la hubby..Lama jugak pakcik tu urut kaki hubby..boring aku menunggu..Sabar je la..:p

~Hr khamis mlm aku & kwn aku Jue bertolak ke KL kul 9.00mlm..Kali ni aku nek Train coz dah lma xnek lgpun Jue pn xpnh naik so kami pn berpakat tuk naik Train je..Best gak kan nek Train ni..Tp xleh lena la coz cahaya lampu dlm train ni terang sgt..Masa kat dlm train aku xsempat nk ambek gambar sbb kamera aku letak dlm bag jd aku pkai hp je..tu pun xbrapa clear..aku just ambek 1keping ja gambar dgn Jue..;(

Aku Kembali

Salam semua...dah lama aku xupdate blog ni..sbbnya aku xda masa nk update n nk jawab tag..Maaf ye kengkawan..lg pun peyakitpenyakit malas melanda..he2..Tp skang aku nk pulihkan buang penyakit tu..Jd..skang aku dah ada masa & aku pun bleh la update blog dan terjah blogger2 yg lain.....

Isnin, 4 Mei 2009

1 MAY 2009@Labour Day

Hari Pekerja 01 May 2009 aku pergi KL..Mulanya xjd p coz hubby aku nk balik cni tp disebabkan takut jam bila nk balik KL balik..so,aku je yg p sna naik bus aja..Pg2 jumaat tu aku da bersiap2 nk g stesyen bas kulim tuk ke KL..Tp aku xp sorang aku p dgn adik bongsu aku..So,xda la borink kan dlm bas t...

Sampai ja kat hentian Rawang aku suh driver bus benti aku dgn adik dkt c2..So,my hubby ambek kami dkt hentian Rawang aja..Xyah la aku nk turun dekat Pudu yg sesak2 tu dgn jln yg jam tu kann?Lps tu trus p mkn KFC dkt pekan Rawang aja..Then balik umah rehat2..Keesokannya br kami keluar jalan2 n shopping dkt KL..Tp xp mna pun just pegi Bkt Bintang ja then p masjid India..Org punya la rmai sampai sesak2 jugak la..Hari Ahad ptg hubby hantar aku dgn adik kat Puduraya coz aku dah nak balik Kulim...Sekejap nya rasa masa berlalu...mmmmm..

Jumaat, 24 April 2009

KISAH SEBUAH KERETA & ANAK...

**Ingatlah.... .marah mcm mana sekalipun, jgnlah bertindak keterlaluan.....
Sepasang suami isteri - seperti pasangan lain di kota-kota besar
meninggalkan anak-anak diasuh pembantu rumah semasa keluar bekerja.
Anak tunggal pasangan ini, perempuan berusia tiga setengah tahun..
bersendirian di rumah dia kerap dibiarkan pembantunya yang sibuk
bekerja bermain diluar, tetapi pintu pagar tetap dikunci. Bermainlah
dia sama ada berbuai-buai di atas buaian yang dibeli bapanya, ataupun
memetik bunga raya, bunga kertas dan lain-lain di laman rumahnya.
Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen
tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada
marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya.
Ya...kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas.Apa lagi kanak-kanak ini pun
melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal
ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.
Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari sipembantu rumah.
Pulang petang itu, terkejut badaklah pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran, berbatik-batik.Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, "Siapa punya kerja ni?"
Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar.Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis
tuannya. Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan
"Tak tahu... !" "Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?" herdik si isteri lagi.Si anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar
dari bilik.Dengan penuh manja dia berkata "Ita buat ayahhh.... cantik kan !"
katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu. Si ayah yang
hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya di depannya, terus
dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa
terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan. Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa. Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya..
Selepas si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu, pembantu rumah menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik.Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar.Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air
sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan.Sebaik calar-balar itu terkena air. Si pembantu rumah kemudian
menidurkan anak kecil itu.Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama
pembantu rumah.Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anak bengkak.. Pembantu
rumah mengadu. "Sapukan minyak gamat tu!" balas tuannya, bapa si anak.
Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya.Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya,sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah."Ita demam... " jawap pembantunya ringkas."Bagi minum panadol tu," balas si ibu..Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya.
Apabila dilihat anaknya Ita dalam pelukan pembantu rumah, diamenutup semula pintu.
Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas."Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap" kata majikannya itu.Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik.Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius.Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu."Tiada pilihan.." katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana gangren yang terjadi sudah terlalu teruk.
"Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah" kata doktor.Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu.
Terasa diri tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan. Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya,si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan.Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakan habis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga melihat kedua-dua tangannya berbalut putih. Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian kewajah pembantu rumah. Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis..
Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata..
"Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul.Ita tak mau jahat lagi. Ita sayang abah.. sayang mama." katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa."Ita juga sayang Kak Narti.." katanya memandang wajah pembantu
rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.
"Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi!Ita nak makan macam mana?Nak main macam mana?Ita janji tak conteng kereta lagi," katanya bertalu-talu. Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya.Meraung dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya.
ANTARA ANAK DAN KERETA…YANG MANA LEBIH BEHARGA...RENUNG-RENUNGKAN...

Khamis, 23 April 2009

Jawab Tag Lagii!!

````Jawab Tag Hajar````

1-Anda boleh memandu?
**Ya aku boleh memandu...

2-Memiliki lesen memandu?sejak bila?
**Mesti la kena ada lesen utk memandu dan aku mmg memiliki lesen memandu..hehe..
**sejak tahun 2005

3-Bila tarikh luput
**Tarikh luput plak pada 12 May 2009..xlama lg je..huhu

4-Dimanakah anda mengikuti kelas memandu?
**Di sekolah memandu saga,kulim kedah.

5-Instructor pertama anda?
**Mesti lah abah aku.Dia yg selalu suruh anak2 dia bwk keta dan ambil lesen ni.Senang katanya.Aku mula2 takut nak drive bila lma ok best sgt..1st time tu gila stereng pun ada..Hahahhaha

6-Kenderaan yg anda bw sekarang?
**Proton Satria aja....

7-Impikan kereta lain?
**Mmg dah lma impikan cuma blm tercapai lg....Aku suka sgt kereta Honda Jazz..


8-Pernah kemalangan?
**Pernah..sampai kemek juga la keta..Tp bkn salah aku..Salah pemandu lori xda break..Masa tu dkt simpang..kira cam bukit jgk la..Tiba2 lori tu undur blakang dan cuba break tp break dia xmkn..so bg la bumper keta aku..Sabar je la..Tp settle smua.Owner lori tu bayar smua n bwk keta aku p bengkel..

9-Kenangan manis/pahit sewaktu belajar memandu
**Manisnya:- Best la dpt kenal dgn kawan2 baru yg sma2 belajar memandu kat c2..
- Dapat belajar memandu dgn bermacam teknik depa ajar..
**Pahitnya:- Tengah memandu kat jalan tiba keta mati enjin..Aduss malu gak la aku..

10-tips buat mereka yg ingin mengambil lesen?
**Kpd yg sapa2 nak ambil lesen dipersilakan sebab belajar memandu ni mmg best dan dgn adanya lesen memandu ni senang utk kita nak bergerak ke sna & ke sni..

Ahad, 12 April 2009

Ptg yg best...@ Taman Tasek Putra

Ermm..arini lps abes masak aku layan tv..Tgh duk layan2 tv k.yong(mama naufal)dtg umah ajak p Taman Tasek dkt ja dgn umah..katanya nk ajak mkn laksa dan bawa naufal main dkt tmn permainan tu..Aku pun apa lagi ptg tu dlm kul 5.30ptg mandi2 & bersiap nak p taman tasek bwh tue lgpun nak mkn laksa pak ndak kat tasek tue mmg sodapp..So,xda la aku boring duk umah time hubby xda ni..hehe..



Menu Hari Ahad

Hari minggu ni sgt boring sbb tinggal aku dgn adik aku ja kat umah..Hubby aku xbalik mggu ni coz keja..Mak aku pun xda kat umah coz keluar ada urusan kat luar..So,duk umah xtaw nk masak apa..So,aku pun masak la Padprik Ayam & Sambal Sotong coz dah lama xmkn masakan sambal ni...Sayur xda coz aku xsuka mkn sayur2 ni..hu3..So layan ja gambar masakan aku kat bawah ni....

Sabtu, 4 April 2009

Tag oleh Kak Azie lagii!!!Hehe

1.Apakah nama blog anda sekarang dan kenapa anda memilih nama itu?
-Nama blog Cintaku Khairul Azrin & Noor Mazni.Aku pilih nama ni sbb memang aku dgn hubby aku saling cinta & mencintai..(chewah!!)..Dan aku mmg cintakan En.Khairul Azrin nie..Luv u so much!!Apa2 benda mesti aku nk letak nama dia je..hehehe


2.Apakah link anda sekarang dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu?
-Link aku http://mazzny.blogspot.com/..Ini dah mmg nama aku..So aku letak ja nama aku supaya senang org2 kat luar sna mgenali blog aku..

3.Apakah "method" penulisan dalam blog anda?
-Method penulisan dlm blog aku banyak mengenai aku dan hubby aku kuar beriadah & mengenai keluarga aku..

4.Pernah terasa nak hapuskan blog anda?Sebabnya?
-Ohh..tidak sma skali..Sebab aku mmg sayang bangat blog aku ni..Dan aku sayang bangat sama pengajar aku berblog ni iaitu Kak Azie..Tq so much akak byk tunjuk ajar cara wat blog nie...

5.Apakah pendapat anda mengenai blog kepada pemilik blog yang tag anda ini?
-Blog beliau sgt best & cantik..Aku suka baca cerita2 mengenai perkembangan dua org puteri dlm blog beliau iaitu Kak Nonie & erin..Rindu kat dorang..Mmmuaack!!

Celebrate Birthday Party 1st-Azim Naufal-

Hari ni pegi kerja hubby hantar n ambek aku sbb aku balik awal harini coz nk trus p Mall bli hadiah Besday tuk Azim..Lpas tu trus balik umah prepare apa yg patut untuk sambut besday Azim ptg ni kat Tmn Camar...

Mama azim yg kusyuk buka hadiah dr aku nie..jeng..jeng..He3..Azim tgh tgk camera..Pandai Azim..Tp xmo senyum..napa...??
Ini lah Hadiah pemberian aku yg xseberapa ni..Huhu

Happy Birthday Azim Naufal

Alala,,napa dgn Azim ni...marah org duduk dkt kek dia ke?
Hubby aku ni mana nak dukung Azim mana nak snap gambar..Hehe

Ni pic aku dgn Azim...;-)Awat aku xtgk camera nie..tgk Azim plak..Haha..






Isnin, 30 Mac 2009

Balik Ipoh

Haa..minggu ni balik Ipoh umah Mil...Balik sana cuma 1 mlm aja...coz isnin dah keja..Bertolak hari sabtu pagi..Ahad petang bertolak balik kulim plak..Sampai umah mlm..Letih la..huhuhu..Masa balik hujan dlm perjalanan..Dgn jln jam gila sbb ada kmalangan..Sgt borink duk dlm keta bila jam..Huhu;p


Masa ni kat hentian Bkt Gantang.Hujan renyai2..So pkai payung la..Color payung sma je dgn baju aku..Hehe..

Gambar ni kat Hentian Sg. Perak.Singgah mkn sbb perut dah kelaparan...Hentian ni br siap renovate.So,xramai org berniaga lagi..

Gambar ni snap masa nk otheway ke Ipoh..Ikut tol Juru..


Sabtu, 21 Mac 2009

Mengkuang Dam

Hari sabtu ptg xtaw nak p mana aku ngan my hubby p jalan2 kat Tasek Mengkuang..Mulanya ingat nak jogging tp xjadi coz kami xpakai kasut sukan..hu3..So,jalan2 je la..Ambik angin...



Jumaat, 20 Mac 2009

Di Tag oleh Kak Azie & Hajar...

the rules are;
1) Make a list of what u want on your birthday
2) The list should be 10 numbers
3) Post the image of this award to your posting
4) Give it to 10 frens of yours

These are my wish lists:

1.Semoga aku dipanjangkan umur..dimurahkan rezeki & dikurniakan zuriat yg soleh serta solehah..Amiin....

2.Harap sangat my hubby dapat keja yg dkt2 dgn aku & kami dpt duk skali..Xyah my hubby nak ulang alik tiap2 minggu...

3.Nak jadi isteri yg solehah & yang terbaik


4.Dapat present rumah or kereta baru..Hu3


5.Nk tukar Hp baru...(Hp skrang ni asyik wat hal ja..)


6.1st baby kalo bley nak baby boy...;)So,bley la berkawan dgn naufal nanti..He3..Insyaallah...


7.Nak buka business sendiri...Insyaallah..(Xyah nak mkn gaji dah...Kalo rezeki lebih la..:-)


8.Nak p holiday dkt Bali..Wow beshnya kalo dpt p sna...Bila la agaknya dpt p sana??Hehe..


9.Nak jumpa member2 aku geng sabahan..lama dah xjumpa depa ni...

10.Semoga aku & hubby sentiasa berada dlm keredhaanNya & hidup dlm Kebahagiaan di dunia serta di akhirat..Amiin...

Rabu, 25 Februari 2009

Konvokesyen IIUC

Time ni konvokesyen adik aku~Muhammad Azwan Hafiz~Congrats to u....Aku pn turut serta dlm konvokesyen ni..Jgn salah faham bkn aku dpt anugerah pape pn just ikut ja..hi3
Bkn adik aku ja dpt bunga aku pn dpt bunga jgk..hu3..Thanx a lot my hubby:-)
Gambar2 kat bwh ni gambar my parent & member adik aku...So,Layaaannnnnnnnnn...

Konvokesyen di Universiti Islam Antarabangsa(UIA)

Selasa, 24 Februari 2009

Fish SPA @ Tesco Seberang Jaya

Gambar dah lama tp aku br nak update.Masa ni aku ngan hubby p Tesco Seberang Jaya.
Bila tgk org buat Fish Spa....Jadi kami pn nk try la buat...Nak tau juga rasa apa..Rasanya tersangat la geli...hi3..Aku masuk je kaki ikan2 tu pun mula la mai...Gelinya xtaw nk habaq..Tp dah lama2 br rasa ok..

Ni gambar kaki aku.Ikan xbrapa byk sgt..

Ni kaki hubby aku..Punya la byk ikan..Tp dia bleh tahan geli tu..Hi3


Ahad, 15 Februari 2009

Taman Tasik Taiping

Gambar ni masa aku ngan hubby g jalan2 kat Tasik Taiping.Masa ni ontheway balik dr Ipoh nak ke Kulim..Masa nk balik kami singgah Taman Tasik ni..Mulanya nak p Night Safari tp memandangkan cuaca xbrapa elok,so kami hanya sempat pusing2 kat Tasik ni ja...



Bestnya pusing2 Tasik ni

Tp masa ni mendung ja coz nak hujan..