Jumaat, 24 April 2009

KISAH SEBUAH KERETA & ANAK...

**Ingatlah.... .marah mcm mana sekalipun, jgnlah bertindak keterlaluan.....
Sepasang suami isteri - seperti pasangan lain di kota-kota besar
meninggalkan anak-anak diasuh pembantu rumah semasa keluar bekerja.
Anak tunggal pasangan ini, perempuan berusia tiga setengah tahun..
bersendirian di rumah dia kerap dibiarkan pembantunya yang sibuk
bekerja bermain diluar, tetapi pintu pagar tetap dikunci. Bermainlah
dia sama ada berbuai-buai di atas buaian yang dibeli bapanya, ataupun
memetik bunga raya, bunga kertas dan lain-lain di laman rumahnya.
Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen
tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada
marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya.
Ya...kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas.Apa lagi kanak-kanak ini pun
melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal
ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.
Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari sipembantu rumah.
Pulang petang itu, terkejut badaklah pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran, berbatik-batik.Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, "Siapa punya kerja ni?"
Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar.Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis
tuannya. Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan
"Tak tahu... !" "Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?" herdik si isteri lagi.Si anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar
dari bilik.Dengan penuh manja dia berkata "Ita buat ayahhh.... cantik kan !"
katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu. Si ayah yang
hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya di depannya, terus
dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa
terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan. Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa. Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya..
Selepas si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu, pembantu rumah menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik.Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar.Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air
sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan.Sebaik calar-balar itu terkena air. Si pembantu rumah kemudian
menidurkan anak kecil itu.Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama
pembantu rumah.Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anak bengkak.. Pembantu
rumah mengadu. "Sapukan minyak gamat tu!" balas tuannya, bapa si anak.
Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya.Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya,sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah."Ita demam... " jawap pembantunya ringkas."Bagi minum panadol tu," balas si ibu..Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya.
Apabila dilihat anaknya Ita dalam pelukan pembantu rumah, diamenutup semula pintu.
Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas."Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap" kata majikannya itu.Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik.Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius.Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu."Tiada pilihan.." katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana gangren yang terjadi sudah terlalu teruk.
"Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah" kata doktor.Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu.
Terasa diri tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan. Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya,si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan.Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakan habis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga melihat kedua-dua tangannya berbalut putih. Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian kewajah pembantu rumah. Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis..
Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata..
"Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul.Ita tak mau jahat lagi. Ita sayang abah.. sayang mama." katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa."Ita juga sayang Kak Narti.." katanya memandang wajah pembantu
rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.
"Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi!Ita nak makan macam mana?Nak main macam mana?Ita janji tak conteng kereta lagi," katanya bertalu-talu. Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya.Meraung dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya.
ANTARA ANAK DAN KERETA…YANG MANA LEBIH BEHARGA...RENUNG-RENUNGKAN...

Khamis, 23 April 2009

Jawab Tag Lagii!!

````Jawab Tag Hajar````

1-Anda boleh memandu?
**Ya aku boleh memandu...

2-Memiliki lesen memandu?sejak bila?
**Mesti la kena ada lesen utk memandu dan aku mmg memiliki lesen memandu..hehe..
**sejak tahun 2005

3-Bila tarikh luput
**Tarikh luput plak pada 12 May 2009..xlama lg je..huhu

4-Dimanakah anda mengikuti kelas memandu?
**Di sekolah memandu saga,kulim kedah.

5-Instructor pertama anda?
**Mesti lah abah aku.Dia yg selalu suruh anak2 dia bwk keta dan ambil lesen ni.Senang katanya.Aku mula2 takut nak drive bila lma ok best sgt..1st time tu gila stereng pun ada..Hahahhaha

6-Kenderaan yg anda bw sekarang?
**Proton Satria aja....

7-Impikan kereta lain?
**Mmg dah lma impikan cuma blm tercapai lg....Aku suka sgt kereta Honda Jazz..


8-Pernah kemalangan?
**Pernah..sampai kemek juga la keta..Tp bkn salah aku..Salah pemandu lori xda break..Masa tu dkt simpang..kira cam bukit jgk la..Tiba2 lori tu undur blakang dan cuba break tp break dia xmkn..so bg la bumper keta aku..Sabar je la..Tp settle smua.Owner lori tu bayar smua n bwk keta aku p bengkel..

9-Kenangan manis/pahit sewaktu belajar memandu
**Manisnya:- Best la dpt kenal dgn kawan2 baru yg sma2 belajar memandu kat c2..
- Dapat belajar memandu dgn bermacam teknik depa ajar..
**Pahitnya:- Tengah memandu kat jalan tiba keta mati enjin..Aduss malu gak la aku..

10-tips buat mereka yg ingin mengambil lesen?
**Kpd yg sapa2 nak ambil lesen dipersilakan sebab belajar memandu ni mmg best dan dgn adanya lesen memandu ni senang utk kita nak bergerak ke sna & ke sni..

Ahad, 12 April 2009

Ptg yg best...@ Taman Tasek Putra

Ermm..arini lps abes masak aku layan tv..Tgh duk layan2 tv k.yong(mama naufal)dtg umah ajak p Taman Tasek dkt ja dgn umah..katanya nk ajak mkn laksa dan bawa naufal main dkt tmn permainan tu..Aku pun apa lagi ptg tu dlm kul 5.30ptg mandi2 & bersiap nak p taman tasek bwh tue lgpun nak mkn laksa pak ndak kat tasek tue mmg sodapp..So,xda la aku boring duk umah time hubby xda ni..hehe..



Menu Hari Ahad

Hari minggu ni sgt boring sbb tinggal aku dgn adik aku ja kat umah..Hubby aku xbalik mggu ni coz keja..Mak aku pun xda kat umah coz keluar ada urusan kat luar..So,duk umah xtaw nk masak apa..So,aku pun masak la Padprik Ayam & Sambal Sotong coz dah lama xmkn masakan sambal ni...Sayur xda coz aku xsuka mkn sayur2 ni..hu3..So layan ja gambar masakan aku kat bawah ni....

Sabtu, 4 April 2009

Tag oleh Kak Azie lagii!!!Hehe

1.Apakah nama blog anda sekarang dan kenapa anda memilih nama itu?
-Nama blog Cintaku Khairul Azrin & Noor Mazni.Aku pilih nama ni sbb memang aku dgn hubby aku saling cinta & mencintai..(chewah!!)..Dan aku mmg cintakan En.Khairul Azrin nie..Luv u so much!!Apa2 benda mesti aku nk letak nama dia je..hehehe


2.Apakah link anda sekarang dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu?
-Link aku http://mazzny.blogspot.com/..Ini dah mmg nama aku..So aku letak ja nama aku supaya senang org2 kat luar sna mgenali blog aku..

3.Apakah "method" penulisan dalam blog anda?
-Method penulisan dlm blog aku banyak mengenai aku dan hubby aku kuar beriadah & mengenai keluarga aku..

4.Pernah terasa nak hapuskan blog anda?Sebabnya?
-Ohh..tidak sma skali..Sebab aku mmg sayang bangat blog aku ni..Dan aku sayang bangat sama pengajar aku berblog ni iaitu Kak Azie..Tq so much akak byk tunjuk ajar cara wat blog nie...

5.Apakah pendapat anda mengenai blog kepada pemilik blog yang tag anda ini?
-Blog beliau sgt best & cantik..Aku suka baca cerita2 mengenai perkembangan dua org puteri dlm blog beliau iaitu Kak Nonie & erin..Rindu kat dorang..Mmmuaack!!

Celebrate Birthday Party 1st-Azim Naufal-

Hari ni pegi kerja hubby hantar n ambek aku sbb aku balik awal harini coz nk trus p Mall bli hadiah Besday tuk Azim..Lpas tu trus balik umah prepare apa yg patut untuk sambut besday Azim ptg ni kat Tmn Camar...

Mama azim yg kusyuk buka hadiah dr aku nie..jeng..jeng..He3..Azim tgh tgk camera..Pandai Azim..Tp xmo senyum..napa...??
Ini lah Hadiah pemberian aku yg xseberapa ni..Huhu

Happy Birthday Azim Naufal

Alala,,napa dgn Azim ni...marah org duduk dkt kek dia ke?
Hubby aku ni mana nak dukung Azim mana nak snap gambar..Hehe

Ni pic aku dgn Azim...;-)Awat aku xtgk camera nie..tgk Azim plak..Haha..