Isnin, 22 November 2010

Aqil Rayyan ~Sekarang~

Dah lama xmengupdate blog ni..dah bersawang pun..Aduyaii..skang makin bz sket..gambar raya puasa dulu pun xupdate lagi..raya haji pun dah lepas ni..bila nk update pn xtaw la..gambar tu pun xtaw kat mna letak skang..So update gambar Aqil je la dulu..Aqil makin membesar skang..mcm2 dah perangai dia..







Milestone Aqil Rayyan @ 9 month+++

~dah ada gigi bwh -2btg
~dah boleh merangkak(susah nk kawal xmo duk diam lgsung..:)
~asyik nk suruh mama or papa dia je dukung
~dah pandai duduk sendiri
~pandai nk memanjat kalo ada meja @ kerusi yg rendah..
~ikut mood kalo nk duduk dlm walker(macam2 la aqil ni)
~pandai merajuk @ bebal kalo xdpt barang yg dia nak..
~macam2 lagi la yg Aqil dah pandai buat skarang ni..kdg2 mama dia pun letih nk melayan..hehe..

Selasa, 19 Oktober 2010

20.10.2010 CIK KIA KENA CIUM...

<~20.10.2010..Pagi td otheway nk ke ofis..time kat hgway tiba2 ada dgr bunyi kuat kat belakang kereta..Pusing blakang tgk2 aduss!!ada motor cium blakang cik KIA plak..apa lagi hubby pun stop keta kat tepi n terus tgk blakang keta..nasib xda kemek tp bercalar la jgk...Motor tu pun teruk jugak..Yg menunggang motor tu org melayu jgk..Nasib la org xjadi apa2..Xtaw la dia duk berangan apa tiba2 je mai langgar blakang keta..i sempat la snap gambar 2-3kpg pkai Hset ja sementara hubby settle dgn pak cik tu...Mulanya hubby nk buat report tp pakcik tu ckp xyah la sbb dia nk settle mcm tu aja..So ok la..Ptg ni bawak kereta masuk bengkel la..Tarikh 20.10.2010 ni mmg tarikh keramat la bg kami..malang tidak berbau..


Khamis, 30 September 2010

Syawal 2010

~Org lain dah post entry raya tp i br nk post kan entry ni..Tp apapun ok jugak kan ada jugak post entry raya utk tahun ni..hehe..Tahun ni beraya di Perak coz tahun ni turn umah hubby..nxt year my turn plak..huhu..Beraya di perak meriah la jugak sbb semua sdara belah hubby balik..Pagi2 raya lepas bersalaman,kami semua balik kampung sebelah opah hubby dkt bota..Beraya dkt sna plak..Mlm tu balik umah balik..Keesokan br braya umah opah sebelah ipoh plak..dan begitulah hari seterusnya..
~Gambar raya pertama blm upload lg sbb pendrive xtaw letak kat mna..nanti dah jumpa i upload ye utk kenangan masa depan..yg kat bawah ni gambar raya ke-2..time beraya dkt umah mak lang dkt ipoh..bila dah senja br smua sibuk nk posing..


Khamis, 16 September 2010

RAYYAN DAH 7 BULAN...

Sorry la kawan2 nk tulis panjang2 masa kesuntukan..so,layan gambar je la ya?Lagipun xda idea dah nk tulis apa kat cni..gambar raya nanti2 la i update ok..mai kita layan gambar budak kecik yg semakin membesar ni..Haishh!!cepat sungguh masa berlalu dah 7 bulan dah budak kecik nie..;p




Rabu, 25 Ogos 2010

Dunia Di Penghujung Nyawa...

Pagi ni dapat email dari member 1 opis..So terus letak dkt sini..Sila Baca Tarikh Disini Dan Fikirkanlah Kerana Dunia Di Penghujung Nyawa...

(27-11-2009) Hari raya aidiladha "hari Jumaat"
(18-12-2009) Tahun baru hijrah "hari Jumaat"
(25-12-2009) Hari krismas "hari Jumaat"
(1-1-2010) Tahun baru "hari Jumaat"
(26-2-2010) Maulidur rasul "hari Jumaat"
(2-4-2010) Good friday "hari Jumaat"
(28-5-2010) Hari wesak "hari Jumaat"
(10-9-2010) Hari raya Aidilfitri "hari Jumaat"
(27-8-2010) Nuzul Al-Quran "hari Jumaat"
(5-11-2010) Depavali "hari Jumaat"

Adakah KIAMAT sudah hampir????



Dalam Al-Quran Allah telah berfirman bahawasanya KIAMAT terjadi hari JUMAAT!!!!
Banyak² kita beristighfar dan berdoa pada Allah semoga dosa² di kita ampuni..
22 Tanda Kiamat Semakin Hampir

1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).

2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui internet, iklan, buku, gambar, risalah atau filem.

3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.

4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.

5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.

6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.

7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.

8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.

9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.

10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.

11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).

12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.

13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.

14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.

15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,

16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.
17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.
18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.

19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.

20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.

21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).

22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.

Dunia Di Penghujung Nyawa



1) Penaklukan Baitulmuqaddis.

Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah bersabda:

'Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat.'Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis. '

- Sahih Bukhari

~ dah jadi dah...

2) Zina bermaharajalela.
'Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan

persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.'- Sahih Muslim
~ dah nampak dah...campak bayi macam campak plastic keropok

3) Bermaharajalela alat muzik.
'Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka'. Ada yang bertanya kepada Rasulullah;
'Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?'Baginda menjawab: 'Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik) & penyanyi² wanita'- Ibnu Majah
~ Mentor , Malaysian Idol, Akademi Fantasia, Anugerah Muzik...

4) Menghias masjid & membanggakannya.
'Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid'- Riwayat Nasai..
~ memang dah nampak dah...

5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik.
'Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam tetangga.'- Riwayat Ahmad dan Hakim.
~ ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu......

6) Ramai orang soleh meninggal dunia.
'Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik& ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran' - Riwayat Ahmad
~ boleh kira berapa jer para ulama'yg tinggal...

7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.
'Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka'bin Luka'(orang yang ***** & hina).
Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia'- Riwayat Thabrani
~ George Bush, Ariel

Sharon & kat Malaysiapun ada....

8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
'Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.'- Riwayat Ahmad
~ jiran sesama islam pon tak bertegur sapa...

9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. 'Di antara anda² telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian² wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang'.
~ fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, g-string etc..)...

10) Bulan sabit kelihatan besar.
'Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.'- Riwayat Thabrani
~ tak caya gi tengok....

11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.
'Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu' - Sahih Muslim

~ Siaran TV kerajaan dan swasta, akhbar2 harian & majalah² yg popular skarang nie......

12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.
'Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak
kesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar.'-Riwayat Ahmad
~ tengok kes peperangan Iraq ...

13) Negara Arab menjadi padangrumput & sungai.
'Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai²'- Sahih Muslim
~ Dubai dah turun salji... Mina dah kene banjir...

Ahad, 22 Ogos 2010

Lepak2 di rumah Tok Su@Pengasuh Aqil Rayyan..

~Hujung minggu sedara dari Ipoh dtg umah Tok su Aqil kat Tmn Jati..so kami 1 family pun p lepak kat umah Chu jugak..Chu ni mak sdara sbelah hubby..merangkap pengasuh Aqil dikala maz n husband p keja..;pGambar2 kat bwh ni cousin yg tlg ambilkan..Time p Aqil tgh tdo..Bila bangun ja tgk ramai org trus nangis..terkejut kot ramai sgt org..he2..Rambut Aqil ni knapa la asyik terpacak ja..bubuh minyak rambut pun xjadi jugak..mayb sbb xpanjang lg kot..;-)




Jumaat, 20 Ogos 2010

Dah boleh Makan!!


~Aqil Rayyan dah masuk 6bulan baru start makan bubur nasi..Hmmm..berselera sunguh kalo dapat makan..lambat sikit suap mesti nak nangis..Xsabar sungguh la Aqil nie..Biasanya baby kalo mula2 nk makan mesti bselera kan???Xtaw la besar nanti mcmmana..Nak ke x makan..Gambar Aqil tgh makan xsempat nk snap sebab time makan Aqil duduk xdiam..Tangan kaki semua naik..he2

Jumaat, 13 Ogos 2010

Muka Bangun Tido..

Si kecik ni kalo bangun ja tido mesti gelak dulu tp kdg2 nangis dulu..Mungkin bila nangis tu tak puas lagi kot tido dan mula dia nak meragam..TETAPI bila time bangun gelak2 ni memang best sbb xmeragam langsung..Kat sini gambar Rayyan baru bangun tido...

Rambut rayyan ni cepat btoi panjang..rimas tgk..

Khamis, 12 Ogos 2010

Aqil Rayyan-6month now!!!

Hohoh..sudah 6bulan si Aqil ni..Cepat btoi masa berlalu..dulu nk dukung pun lembik2 lagi..skang dah keras badan dia..pandai nk meragam dah..pantang letak mesti nk nangis..nk minta dukung saja...Apapun layan je la gambar si tecik ni yer...


Rabu, 11 Ogos 2010

Sudah Lama tidak mengupdate blog..

Dah lama blog ni x berupdate..maklum la skang ni bz..bz dgn anak..bz dgn keja..macam2terjadi tp xdapat nk post dkt blog ni..Hmmm..nanti bila dah free blog ni akan berupdate jugak ye kawan2..Kepada semua Selamat Menyambut Ramadhan AL-Mubarak & Selamat Berpuasa...

Rabu, 19 Mei 2010

my baby 3month+++

12 May aritu genap umo Rayyan 3bulan..Owh cepatnya dah 3bln ank mama nie...Pejam celik pejam celik dah besar dah dia..Skang nie agak bz sket nk update blog..dkt opis dah xsempat nk on internet..kat umah plak malam je la free pun..itupun kalo rayyan tdo awal br bley update...hukhukhuk..



Selasa, 4 Mei 2010

Aqil Rayyan g jalan2 lagiiiiiii......

~Labour Day bawa Aqil g jalan2 kat Sunway Carnival Mall plak..Mulanya ingt nk p tgk wayang tp xjadi la sian Aqil plak..Kalo bawak Aqil tgk wayang maunya nangis dalam tu..hihihi..Jadi just p makan2 n shopping ja kat situ..

Selasa, 27 April 2010

Bawa Aqil Ryan Jalan2

~2mggu lepas bwk Aqil jalan2 kat KLCC.Sebelum tu pegi KL Sentral dulu hantar Makcik&Pakcik sekeluarga.Aqil bila bawak pegi jalan baik ja dia..Duk dalam stroller pun bkn main lagi duk ckp & gelak2 sorang2..Bagus btoi hero mama nie..Nanti bleh mama bwk Aqil g jalan2 lagi..







Dah Lama xUpdate Blog

~Haish,,malas btoi skang ni nk update blog..blog makin lama makin bersawang dah..Skang ni agak bz sikit..Lagipun dah xtaw nk update apa..Apa2 pun layan je la erk gambar2 Aqil Rayyan yg semakin hari semakin membesar ni..hik2




Ahad, 18 April 2010

Dah Mula masuk ofis

Harini maz dah masuk opis..cuti berpantang 60 hari dah abis..Bila dah duk kat opis ni mula la tringat dkt Aqil..Aqil pun dah 2bln lebih dah..cepat btoi anak mama ni membesar..xpa ptg nanti mama balik keja kita jumpa ye Aqil..Aqil duk dgn opah baik2 taw!!


Khamis, 18 Mac 2010

Aqil Dah 1bulan lebih

Ohh sekejapnya rasa masa skang..Hari ini dah 36 hari berpantang..Aqil Rayyan pun dah 1bln lebih..Xsabarnya nk lepas pantang nih..Gambar2 kat bawah ni gambar Aqil yg dah botak..hi2..Cepatnya membesar Aqil ni..Rasa mcm br je keluar dr perut ni..